Monday, August 25, 2008

Cara Berurusan Dengan Manusia

Kalau kita tunjuk pandai, orang lain lagi pandai. Kalau kita tunjuk kita ganas, orang lain lagi ganas. Kalau kita tunjuk brutal, orang lagi brutal. Kalau kita merendah diri, sepuluh kali orang merendah diri. Kalau kita berlembut, sepuluh kali orang berlembut. Pepatah lama mengatakan, buatlah baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali-kali.

Delek / Pelat Biarlah Betul

Delek Kedah, Perak, Melaka, Kelantan dan Terengganu adalah berbeza. Tidak mengapa. Tetapi Istilah dari Bahasa Arab, Inggris, Cina, India atau bahasa asing tidak boleh didelek atau dipelatkan dengan daerah. Seperti Taqwa dalam Bahasa Arab hendaklah disebut TAQWA, tidak boleh disebut TAQWE, Nabi MUSA bukan Nabi MUSE. ALLAH TA'ALA bukan ALLAH TA'ALE. AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN bukan AHLANG WA SAHLANG WA MARHABANG.

Satu lagi peringatan jika anda orang Kedah jangan cuba buat pelat Kelantan takut tak kena tajwid jadi mengejek itu dah berdosa. Apa salahnya jika anda orang Kedah bercakap pelat Kedah dalam dan luar negara. Biar delek Kedah jadi delek antarabangsa.

Jika anda orang Perlis gunakan delek Perlis di seluruh dunia yang anda lawati. Mungkin delek Perlis akan menjadi delek antarabangsa satu masa nanti.

Bahasa Melayu adalah bahasa antarabangsa. Kalau anda pergi ke Makkah jumpa orang Arab bercakaplah basa Melayu. Biar orang Arab, Inggeris, Jerman, Jepun, Cina ternganga-nganga. Lepas tu mereka baru ada motivasi belajar bahasa Melayu.

Begitulah pergi ke mana-mana pelusuk dunia, buatlah macam tu. Barulah berkembang bahasa Melayu dan delek daerah kita. Nak belajar bahasa Inggeris ke Cina ke, belajarlah. Bila cakap mesti Bahasa Melayu, kecuali nak improf tu tak pe la...

Bahasa jiwa bangsa.

Ilmu Pengasih

Senyum itu sedekah. Untuk pengasih dapatkan sebuah cermin muka. Lihatlah wajah anda dalam cermin itu selama beberapa minit. Cuba senyum..... senyum lagi... sehingga anda berasa senang hati melihat wajah anda itu = x. Gunakan x apabila bertemu dengan manusia seperti sahabat, pelanggan, kawan, ibu, bapa, saudara dan sebagainya, pasti anda akan disayangi. Insyallah... Jika tidak berkesan juga jumpa tuan guru....

Carilah Ketenangan

1. Sebut 10 kali "subhanallah".
2. Sebut 10 kali "subhanallah" serta makna.
3. Sebut 10 kali "subhahallah" serta makna dan serta penuh perasaan.
4. Ulang nombor 3 sekali lagi sehingga anda merasai ketenangan = x.
5. Jadikanlah x sebagai latar....
6. Jadilanlah x sebagai latar dan ingat Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh =y.
7. Jadilahlah y sebagai latar
8. Buatlah apa-apa pekerjaan anda dengan menggunakan latar y
9. Ibadah, Study, kerja, memandu, rekreasi, berniaga dan apa saja dilakukan pastikan anda berada menggunakan latar y.
10. Selamat mencuba....

Masa Dan Syukur

Masa itu ada tiga iaitu masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang. Di mana sahaja kita berada, kita sentiasa berada di masa sekarang. Masa sekarang akan jadi nyata sepanjang hayat atau setelah akhir hayat. Hiasilah masa sekarang dengan kesyukuran kepada Pencipta yang sentiasa menjadikan kita berada pada masa sekarang.

Bila Minyak Turun Harga

Harga minyak tidak selamanya naik dan tidak selamanya turun. Ketiak naik barang ikut naik. Ketika turun harga barangan tak turun. Tetapi yang lebih malang ada manusia yang sentiasa naik minyak....

Harga Minyak Naik

Bila harga minyak naik maka harga barang jadi mahal kerana barang dibawa dengan kenderaan yang menggunakan minyak. Ada barangan yang tak memerlukan penggunaan minyak pun naik juga. Ada yang ambil kesempatan dengan kenaikan harga barang. Tetapi ada orang yang tak kesah harga barang naik atau tak naik atau turun harga. Siapakah mereka ini?... Merekalah orang yang tak pernah tanya harga barang... iaitu orang gila, kanak-kanak dan orang minyak....